top of page
muinsapidin

300 Kanak-Kanak Sertai Program Inovasi Alam Cilik

IPOH: Kira-kira 300 kanak-kanak berumur antara 4 – 6 tahun mengambil bahagian di dalam program Inovasi Alam Cilik yang dianjurkan oleh Tadika TIC di bawah kendalian TAJ International College (TIC)

Penaung Tadika TIC, Tina Tajuddin berkata, program itu antara lain bertujuan memupuk kesedaran alam sekitar dan menabung dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut beliau, selari dengan pepatah Melayu, ‘melentur bulu biarlah dari rebungnya’, program itu yang diadakan di dalam sambutan bulan kemerdekaan, turut diserikan lagi aktiviti untuk membangkitkan semangat patriotism dan cintakan negara seperti mengibarkan jalur gemilang.

Beliau memberitahu, program itu juga adalah sebahagian daripada pengajian pendidikan awal kanak-kanak yang diperkenalkan oleh TIC, untuk membuka minda pelajar dari bidang tersebut, bukan sekadar mendapat ilmu dari kuliah semata-mata.

“Penyelarasan program ini melibatkan kurikulum yang mewujudkan kepentingan dari segi pengisian kreativiti dan inovasi.

“Pengalaman industri dibekalkan kepada semua lapisan pelajar melalui LIVE ECE IN-CAMPUS, iaitu Tadika TIC dimana teori-teori yang dipelajari semasa kuliah dipraktikkan di tadika in-campus TIC,” katanya.

Tina berkata, pendedahan itu adalah satu cabaran yang besar dengan penglibatan dari tadika-tadika swasta Ipoh, yang turut mendapat perhatian serta sokongan penuh dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN).

Menurut beliau, pihaknya turut melibatkan penyertaan istimewa kanak-kanak pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya (SKJJ) tergolong dalam Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau berkata, program itu, bukan sahaja dapat membantu guru-guru tadika dalam menaiktaraf pendidikan, malah selari dengan kehendak kerajaan yang mewajibkan semua guru tadika memiliki kelulusan pendidikan sekurang-kurangnya Diploma mulai tahun 2020.

“Iannya perlu diselaraskan bukan sahaja dari segi kurikulum, tetapi dari segi professionalism perguruan kerana pendidikan awal iaitu pada usia seawall tiga tahun adalah amat penting bagi seseorang kanak-kanak,” ujarnya.


36 views0 comments
bottom of page