top of page
muinsapidin

Fenomena Awan Pelik Kejutkan Penduduk Langkap

Fenomena pembentukan awan yang luar biasa mencetuskan suasana bimbang di kalangan penduduk di sekitar Langkap, Teluk Intan pagi Khamis.

Pembentukan awan yang dikenali sebagai garis badai itu berlaku sekitar jam pukul 7 pagi serta diikuti dengan tiupan angin kuat dan hujan lebat sehingga menarik perhatian penduduk sekitar untuk keluar dari rumah serta premis perniagaan masing-masing bagi merakamkan kejadian alam yang jarang-jarang berlaku.

Penduduk, Rasimah Mohd Syed, 50 berkata dia tidak pernah melihat kejadian seumpama itu seumur hidupnya lebih-lebih lagi di Langkap.

“Ketika kejadian saya baru sahaja sampai di Pasar Awam Langkap untuk membeli ikan dan sayur, kemudian saya melihat orang ramai menujuk ke arah langit.

“Apabila keluar sahaja dari kereta, saya lihat awan di langit berbentuk seperti ombak dan da jua bergulung dan terus teramam kerana melihat sendiri kebesaran Allah,” katanya pada pemberita pada Khamis.

Bagi Lee Ho Chu, 63, dari Kampung Langkap berkata, ketika kejadian dia sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.

“Saya sedang menunggang motosikal untuk untuk menghantar anak ke Sekolah sebelum melihat seorang wanita cina mengambil gambar.

“Kemudian semua orang turut melakukan perkara sama dan saya terus memberhentikan moto untuk mengambil gambar juga,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu ianya merupakan kejadian pertama berlaku di kawasan berkenaan sepanjang 63 tahun dia hidup di situ.

Dalam pada itu, seorang pegawai di Jabatan Meterologi negeri ketika dihubungi memberitahu, fenomena itu lazimnya merupakan proses pembentukan awan biasa yang membawa hujan.

“Bentuknya bertukar seperti apa yang dilihat disebabkan oleh tiupan angin yang amat pantas.

“Lazimnya keadaan awan itu akan statik sehingga beberapa jam bergantung kepada faktor angin dan tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya ketika dihubungi.


44 views0 comments
bottom of page