IPOH: Polis Perak menahan 71 ahli kongsi gelap dalam beberapa serbuah sempena Ops Cantas Khas 2 yang dijalankan pada 6 hingga 19 Ogos lalu, termasuk tiga orang dalam senarai
Polis turut merampas beberapa senjata yang digunakan oleh ahli kongsi gelap itu, antaranya parang, pedang, kerambit, pisau dan pistol palsu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, mereka yang ditahan itu berumur antara 17 dan 60 tahun itu, termasuk pelajar sekolah.
Menurut beliau, mereka ditahan kerana pelbagai kesalahan melibatkan jenayah kekerasan seperti bunuh, cuba bunuh, samun, dadah, merusuh dan memiliki senjata berbahaya.
Beliau memberitahu, daripada bilangan itu, 19 orang adalah ahli Geng 04; 6 orang Geng 30; 3 orang Geng 08 dan masing-masing seorang Geng 21 dan Geng 24.
“Kita mempunyai bukti penglibatan mereka dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah setimpal dengan pelakuan jenayah dilakukan,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Khamis.
Menurut beliau, seramai 14 pegawai dengan 60 orang anggota polis yang dibahagikan kepada 10 pasukan telah membuat risikan, termasuk hasil almaklumat daripada orang awam.
“Sebenarnya ops cantas dilaksanakan berterusan tetapi untuk kali ini, kerana kita tengok pada perkembangan akhir-akhir ini, bahawa ahli kongsi gelap sudah melampau danterlibat dalam banyak aktiviti keganasan, samun, tembak mati yang menyebabkan kegusaran kepada masyarakat,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, dalam tindakan yang diambil, pihak polis bukan sewenang-wenangnya melakukan `quality arrest’ selepas risikan yang teliti.
Dalam hubungan ini, Gan berkata, pihaknya tidak akan membuat apa-apa amaran lain kerana kumpulan tersebut sedia maklum bahawa menyertai mana-mana kongsi gelap adalah merupakan kesalahan.
“Salah satu kesalahan yang nyata ialah di bawah Akta Pertubuhan kerana akta itu melarang pertubuhan kongsi gelap, tidak boleh ditubuhkan,” tambahnya.
Gan memberitahu, pihak polis turut mengenali 32 kumpulan kongsi gelap di negeri Perak yang terdiri daripada pelbagai kaum - Melayu, Cina dan India.