top of page
muinsapidin

16 Kaki Judi Dicekup Di Kebun Kelapa Sawit

IPOH: Seramai 16 kaki judi yang cuba melepaskan diri daripada ditahan polis berjaya dicekup dalam serbuan Ops Dadu di Jalan Ampang-Tambun berhampiran Iskandar Polo Club di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata kesemua mereka diberkas ketika sedang asyik bermain judi di sebuah kebun kelapa sawit hasil maklumat orang awam.

Katanya, kesemua mereka berusia di antara 50 hingga 75 tahun dan salah seorang bekerja sebagai pegawai bank di Pulau Pinang.

"Sebaik polis tiba di tempat kejadian, kami dapati ada sekumpulan lelaki yang mengelilingi meja panjang dan sedang bermain judi.

"Setelah memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa mereka kemudiannya cuba melarikan diri namun gagal dan ditahan oleh pihak polis,"katanya kepada pemberita dalam sebuah sidang media di sini pada petang Khamis.

Jelasnya,ketika diberkas kesemua mereka sedang leka bermain judi jenis dadu dan menggunakan beberapa cip berwarna merah dan hijau bagi aktiviti haram tersebut.

Sum berkata pihaknya merampas sebanyak RM19,800 wang tunai perjudian 26 jenis peralatan pelbagai yang digunakan sebagai pertaruhan kesemua kaki judi itu.

Tambahnya,lapan daripada lelaki itu mempunyai rekod lampau melibatkan perjudian dan kesemua mereka berasal dari sekitar Kuala Kangsar, Ipoh, Kuantan, dan Pulau Pinang.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan meminta orang ramai untuk terus menyalurkan sebarang maklumat mengenai kes perjudian seperti ini kepada pihak polis,"katanya lagi.


18 views0 comments
bottom of page