top of page
muinsapidin

24 Pasukan Sertai Liga Bola Keranjang Perak Amanjaya

IPOH: Sebanyak 24 buah pasukan yang mewakili 24 kawasan parlimen di negeri Perak mengambil bahagian di dalam Liga Bola Keranjang Perak Amanjaya yang bermula Jun lalu dan dijangka berakhir September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, liga itu dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Perak.

Menurut beliau, enam lokasi telah dipilih untuk gelanggang kejohanan tersebut iaitu Ipoh, Manjung,Taiping, Teluk Intan, Kampar dan Kuala Kangsar.

“Liga ini adalah kejohanan yang julung kali kita adakan dan yang menarik, setiap pasukan mesti mendaftarkan dua pemain bukan Cina kerana kita juga mahu menggalakkan kaum lain terlibat sama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Shahrul Zaman memberitahu, pasukan-pasukan telah dibahagikan kepada enam zon yang mempunyai empat pasukan dan hanya johan zon sahaja yang layak ke peringkat seterusnya.

Menurut beliau, pelbagai hadiah menarik disediakan di mana johan di peringkat zon akan menerima wang tunai RM500 manakala johan keseluruhan menerima RM5,000, piala dan medal; kedua RM3,000, piala dan medal; ketiga RM1,500, piala dan medal manakala pemenang ke empat akan menerima RM1,000, piala dan medal.


7 views0 comments
bottom of page