top of page
muinsapidin

Perak Negeri Pertama Lancar Program Sewa Beli Skim Rumah Murah

SERI ISKANDAR: Kerajaan Perak menjadi negeri pertama di Malaysia dipilih bagi pelancaran Program Sewa Beli Skim Perumahan Rakyat (PPR) yang membabitkan pembinaan 99 unit rumah teres di Bandar Universiti Seri Iskandar dengan kos RM15.6 juta.

Majlis Pecah Tanah Program PPR itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir manakala perasmiannya oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Datuk Seri Dr Zambry menyifatkan pemilihan negeri Perak itu sebagai satu yang istimewa dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian dan juga menteri berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan negeri sentiasa prihatin untuk menyediakan rumah-rumah kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan memberikan mereka ruang untuk memiliki rumah sendiri.

Beliau juga menasihati pemaju-pemaju yang diberikan tanggungjawab dan apabila kerajaan khususnya dipihak Kementerian Perumahan mengemukakan cadangan untuk membina rumah rumah PPR maka mereka juga perlu bersama-sama untuk memikirkan bagaimana untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif yang memenuhi keperluan dan prasyarat bagi satu-satu kawasan perumahan.

"Kerana kita melihat trend sekarang ini apabila banyak kawasan perumahan yang diwujudkan tetpi tidak banyak kawasan lapang yang disediakan.

"Kita kena faham untuk mewujudkan kawasan perumahan mesti diwujudkan dengan kepelbagaian keperluan asas dan ini termasuklah kawasan lapang bagi kegiatan masyarat dan sebagainya,’’ katanya kepada pemberita di Majlis Perasmian Program Perumahan Rakyat Seri Iskandar di Bandar Universiti Seri Iskandar pada Isnin.

Sehubungan dengan itu beliau meminta pihak pemaju Hua Yang yang diberi tanggungjawab membina peruahaman PPR itu supaya memberi perhatian serius berhubung kawasan lapang ini untuk memberi lebih keselesaan kepada penduduk perumahan.

Dr Zambry berkata, beliau tidak mahu melihat mana-mana pemaju perumahan mengambil tindakan mengurangkan kawasan-kawasan lapang ini dan kerajaan negeri telah berkali-kali mengingatkan mereka berhubung perkara ini.

"Sebelum ini ada yang mengambil pendekatan dipecahkan secara berfasa bagi mengelak tangunggjawab menyediakan kawasan lapang yang luas tidak dibina untuk kepentingan rakyat.

Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini,’’ katanya


302 views0 comments
bottom of page