top of page
muinsapidin

Penduduk Cedera Parah Angkara Drama TV

HABIGANJ - BANGLADESH. Pertengkaran antara dua lelaki berkenaan plot sebuah drama televisyen tempatan berakhir dengan pergaduhan melibatkan beratus-ratus penduduk kampung dan juga senjata tajam.

Menurut laporan BBC, seramai 15 penduduk kampung Dhol di daerah Habiganj cedera parah dalam pergaduhan yang melibatkan pisau, parang dan kayu Khamis lepas.

Sebelum kejadian, penduduk kampung berkumpul di sebuah kafe untuk menonton drama bertajuk Kiranmala.

"Pergaduhan bermula dengan pertengkaran antara dua lelaki, yang kemudian merebak menjadi pergaduhan kumpulan," kata Ketua Polis Habiganj, Yasinul Haque.

Kata Yasinul, polis terpaksa menggunakan peluru getah dan lima bom pemedih mata untuk menyuraikan pergaduhan tersebut.

Seramai 100 penduduk lagi cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.


8 views0 comments
bottom of page