top of page
muinsapidin

Jentera Bomba Terbalik, Seorang Tersepit

IPOH: Seorang anggota bomba tersepit selepas jentera dinaiki terbalik di Pasir Puteh, delat sini pada pagi Isnin.

Ketua operasi dari Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II, Ehsan Ibrahim berkata, jentera jenis Prime Mover dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh itu terbalik di kawasan berhampiran Masjid Pengkalan Pegoh.

“Kita menerima panggilan sekitar 9.15 pagi dan setibanya disana mendapati jentera telah terbalik sehingga menyebabkan seorang anggota bomba tersepit,” katanya dalam satu laporan dikeluarkan sebentar tadi.

Beliau turut memberitahu kerja-kerja menyelamat sedang giat dilakukan.


61 views0 comments
bottom of page