top of page
muinsapidin

Warga Emas Maut Menyaksikan Pertandingan Sengit Chong Wei vs Lin Dan

BATU GAJAH: Pertembungan penuh debaran di antara Datuk Lee Chong Wei dan saingan utamanya Lin Dan dalam pertandingan separuh akhir badminton ternyata terlalu berat untuk seorang warga emas di sini.

Gambar Hiasan

Dalam kejadian sekitar 8.55 malam itu, Lum Wah Long,64 tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di rumah adik perempuannya di Papan pada malam Jumaat.‎ Menurut sepupu mendiang,Bibi Lam, sepupunya itu begitu teruja menyaksikan perlawanan tersebut bersama keluarganya dan sempat berdiri dan menjerit dalam ketika perlawanan menghampiri mata 20-20 dalam set penentuan akhir. "Mereka sahaja yang menonton perlawanan tersebut dalam rumah. Dia ( Wah Long) berdiri dan bersorak. Beberapa saat selepas itu, dia duduk lalu mengambil nafas dan terus rebah tidak sedarkan diri,"katanya. Katanya, anak buahnya cuba mengejutkan mangsa dan beliau sempat membuka matanya buat beberapa ketika sebelum kembali tidak sedarkan diri. Katanya, pihak ambulans kemudian tiba dan memeriksa nadi mendiang sebelum mengesahkan kematiannya. "Sepupu saya sememangnya seorang yang amat meminati sukan badminton apatah lagi dalam Olimpik Rio ini, beliau tidak akan terlepas mengikuti perlawanan beregu atau perseorangan atlet negara. "Tapi, saya sedar mungkin perlawanan di antara Lin Dan dan Chong Wei sengit dan terlalu mengujakan untuk mendiang,"ujarnya lagi. Adik mendiang, Lum Toong Wong ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berikutan masih sedih atas pemergian abangnya dan hanya berkata urusan pengebumian sedang diuruskan. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazali ketika dihubungi mengesahkan mengenai insiden tersebut. "Mangsa meninggal dunia ketika sedang menyaksikan perlawanan separuh akhir perseorangan dan Unit Paramedik Hospital Batu Gajah mengesahkan kematian tersebut berlaku di dalam rumah. "Untuk perlawanan akhir(semalam) pula, tiada sebarang laporan kematian yang diterima,"ujarnya lagi. Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata kes diklasifikasikan sebagai mati secara mengejut. "Berdasarkan siasatan awal, mangsa memang ada menerima rawatan jantung sebelum ini dan beliau meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung dan bukannya disebabkan perlawanan badminton itu,"katanya ketika dihubungi


3 views0 comments
bottom of page