top of page
muinsapidin

UMNO Terus Kukuh Jika Berpegang Pada Prinsip Asas

SUNGAI SIPUT: UMNO akan kukuh dan kekal relevan jika terus berpegang kepada prinsip asas perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pemimpin dan ahli UMNO keluar parti dan tubuh parti baru bukan cabaran baharu kerana sejarah membuktikan ia telah berlaku beberapa kali.

Menurut beliau, biarpun perkara itu berlaku, UMNO tetap kukuh dan kuat kerana kerana pemimpin dan ahli-ahlinya tetap berpegang kepada prinsip perjuangan parti untuk agama, bangsa dan negara.

“Justeru itu, yakinlah walau apa berlaku dan serangan dilakukan pada UMNO oleh pelbagai pihak, ia tidak akan meruntuhkan kekuatan UMNO jika kita terus berpegang pada prinsip asas kita sebagai anggota UMNO,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput di sini pada Ahad.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Zolkafly Harun.

Shamsul Anuar berkata, ahli-ahli UMNO mesti menterjemahkan kekuatan parti dan sokongan kepada pimpinan dalam persidangan perwakilan UMNO yang sedang berlaku sekarang ini.

Menurut beliau, semua iti penting bagi menolak segala fitnah dan tuduhan bahawa UMNO tidak kuat atau menolak tuduhan kononnya Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah kehilangan pengaruh.

“Kekuatan UMNO bukan hanya kita hendak tunjukkan kepada rakyat negara ini tetapi juga kepada media dan masyarakat antarabangsa,” tambah beliau.

Dalam pada itu, kata beliau, ahli-ahli UMNO juga mesti menolak pembangkang dan menolak parti baharu yang ditubuhkan oleh kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tapi kita kena ingat cara menolaknya ialah kita mesti pastikan tiada ahli UMNO yang terpengaruh dengan mereka dan kita mesti menang besar dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” ujarnya.

Katanya, walau apapun yang berlaku, ahli parti dan rakyat mesti memberi peluang kepada Najib untuk memerintah negara ini, sesuai dengan mandat yang diberikan ketika Pilihan Raya Umum ke – 13 yang lalu.

Sementara itu, Zolkafly berkata, UMNO Bahagian Sungai Siput telah melakukan pelbagai usaha untuk merampas semula kerusi Parlimen Sungai Siput dan Dewan Undangan Negeri Jalong pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, antara langkah yang dibuat ialah menubuhkan empat cadangan baru dengan tambahan 600 ahli, mendaftarkan lebih 1,200 pengundi baharu di samping menarik sokongan daripada golongan muda.


4 views0 comments
bottom of page