top of page

UMNO Gopeng Tolak Campurtangan Kuasa Asing

muinsapidin

GOPENG: UMNO Bahagian Gopeng menolak sekeras-kerasnya campurtangan kuasa asing di dalam pentadbiran dan pemerintahan negara.

Ketuanya, Datuk Mohd Hamzah Kassim berkata, ketetapan itu adalah antara usul yang diluluskan ketika persidangan perwakilan bahagian itu di Kompleks Kemas dekat sini pada Ahad.

Persidangan perwakilan dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pendidikan.

Hamzah berkata, UMNO Gopeng turut mengutuk perbuatan individu mahupun kumpulan yang membocorkan rahsiah kerajaan kepada pihak asing.

"Kami turut mencemuh pihak yang telah membuat aduan kepada Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) supaya campur tangan di dalam pentadbiran negara ini," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian persidangan itu.

Sehubungan itu, Hamzah berkata, UMNO Gopeng menyokong penuh kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah dipilih secara demokrasi.

Sementara itu, Mahdzir menasihatkan supaya ahli-ahli UMNO supaya berwaspada dengan fitnah yang disebarkan melalui media baharu, lebih-lebih lagi daripada individu atau kumpulan yang pernah bersama-sama UMNO sebelum ini.

Beliau turut menyeru ahli-ahli UMNO supaya bersatu untuk menghadapi cabaran, lebih-lebih untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan selepas 60 tahun kemerdekaan negara yang jatuh pada tahun hadapan.


 
 
 
bottom of page