top of page
muinsapidin

Khidmat Kontraktor Makanan Asrama Yang Keracunan Akan Ditamatkan

GOPENG: Kementerian Pendidikan bercadang untuk menamatkan khidmat kontraktor makanan di asrama sekolah yang menyebabkan kes keracunan, walaupun ia kes pertama mereka.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian akan memasukkan syarat tambahan itu di dalam kontrak untuk pengendali dan pembekal makanan yang akan datang.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan memandang serius kes keracunan makanan di asrama sekolah yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini.

"Tidak ada lagi amaran-amaran sebab perkara ini sudah banyak kali berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng di Dewan Kemas Gopeng dekat sini pada Ahad.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Mohd Hamzah Kassim dan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Rozi Puteh.

Beliau diminta mengulas mengenai beberapa kes keracunan makanan di asrama sekolah yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, seramai 53 pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dirawat di Hospital Kuala Kangsar kerana keracunan makanan di asrama kolej itu, Rabu lalu.

Sementara itu, Rozi memberitahu, mangsa keracunan kekal 53 orang dan Jabatan Kesihatan Negeri masih lagi membuat pemeriksaan.


5 views0 comments
bottom of page