top of page
muinsapidin

SK Selama Dipilih Sekolah Angkat KPerak

SELAMA: Sekolah Kebangsaan (SK) Selama dipilih menjadi anak angkat KPerak untuk dikembangkan menjadi Pusat Pembelajaran Robotik dan Teknologi di Parlimen Larut.

Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Mohd Nazaruddin Mohd Yusoff berkata, pemilihan itu berdasarkan potensi dan minat yang dipamerkan oleh sekolah tersebut.

Menurut beliau, pihaknya akan menyumbangkan10 set peralatan robotik bagi kegunaan pembelajaran secara kritis manakala 10 set lagi akan disumbangkan oleh ADUN Selama, Datuk Mohd Daud Mohd Yussoff.

Katanya, setiap set yang diimport dari Korea itu bernilai RM500 dan ia merupakan mukadimah bagi menjadikan SK Selama bagi pusat pembelajaran teknologi bersepadu untuk seluruh Parlimen Larut

"Kita akan memberikan modul dan draf daripada KPerak untuk diaplikasikan di SK Selama, untuk menepati sasaran Sains, Teknologi, Inggeris dan Matematik (STEM) di setiap sudut dan subjek pembelajaran.

"Selain itu, kami juga akan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memenuhi Key Performance Indeks (KPI) yang ditetapkan oleh ADUN Selama yang banyak mengalakkan pembelajaran seiring dengan urbanisasi dan pemikiran kritis hari ini.

"Antara KPI tersebut adalah SK Selama harus menjadi tiga teratas dalam sebarang pertandingan robotik peringkat kebangsaan menjelang 2017 dan tiga teratas di peringkat antarabangsa yang saya rasa tidak mustahil," katanya kepada Suara Perak selepas menghadiri majlis penutupan KPerak Technology Camp di SK Selama di sini petang Jumaat.

Sementara itu, guru besar SK Selama, Mardiah Wahab berkata, pemilihan sekolahnya merupakan satu pengiktirafan daripada KPerak sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab mengenalpasti kluster sekolah dalam penghasilan produk berinovatif dan kreatif.

"Sememangnya ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan, namun ia juga amatlah mencabar kerana kami perlu menjadi contoh kepada sekolah lain di Perak.

"Sebelum ini, kami pernah menerima RM25,000 sumbangan daripada Datuk Daud sendiri untuk menubuhkan sebuah kelab robotik, jadi inilah antara tanggungjawab dan amanah yang perlu kami bawa, mengangkat pasukan robotik SK Selama mewakili Perak dan KPerak ke peringkat kebangsaan," katanya.


20 views0 comments
bottom of page