top of page

Dr Zambry Ucap Tahniah Kepada Chong Wei, V Shem dan Wee Kiong

muinsapidin

BATU KURAU: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengucapkan tahniah kepada pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki, Goh V Shem / Tan Wee Kiong kerana beraksi cemerlang dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

Katanya, rakyat Malaysia amat berbangga dengan aksi cemerlang dan kehebatan yang ditunjukkan Chong Wei yang menumpaskan jaguh badminton China, Lin Dan untuk layak ke perlawanan akhir, begitu juga V Shem dan Wee Kiong.

Menurut beliau, walaupun beraksi cemerlang dengan memberikan tentangan hebat kepada pasukan lawan namun nasib tidak menyebelahi V Shem dan Wee Kiong apabila tewas kepada pasangan China, Fu Heifeng / Zhang Nan 21-16, 11-21 dan 21-23.

"Kita mengucapkan tahniah kepada Chong Wei dan juga pasangan V Shem dan Wee Kiong kerana mereka sebenarnya membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia.

"Permainan mereka begitu hebat sekali dan pasangan bergu kita, mungkin saya anggap tidak ada rezekilah tapi dari segi kualiti, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi,’’ katnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Fit Perak@larut yang berlangsung di Padang Astaka Batu Kurau pada Sabtu.

Bergu lelaki Malaysia itu menyumbang pingat Perak ketiga negara dalam sukan Olimpik Rio 2016.

Chong Wei pula menumpaskan Lin Dan dengan kemenangan 15-21, 21-11 dan 22-20 dalam masa 83 minit.


4 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page