top of page
muinsapidin

Ceramah Ustaz Kazim Ceriakan Permukiman Larut

SELAMA: Ceramah perdana oleh pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias pada Jumaat malam memeriahkan lagi Permukiman Menteri Besar di Parlimen Larut.

Lebih 3,000 umat Islam dari sekitar Selama memenuhi Dataran Selama dekat sini bagi mendengar ceramah pendakwah terkenal itu.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta barisan exco kerajaan negeri.

Dalam ceramahnya yang bermula jam 9 malam itu, Ustaz Kazim antara lain mengingatkan umat Islam mengenai kelebihan-kelebihan melakukan solat Tahjud dan Qiamullai.

Beliau turut mengupas panjang topik mengenai kepentingan taubat sehingga jam 10.30 malam.

Ceramah perdana itu telah diakhiri dengan selawat yang disertai oleh semua hadirin, termasuk pemimpin tertinggi kerajaan negeri dan diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh abang kepada Ustaz Kazim, Datuk Mohd Najmuddin Elias.

Ceramah Perdana itu adalah antara Program Permukiman Menteri Besar di Parlimen Larut yang bermula Selasa hingga Sabtu ini.


10 views0 comments
bottom of page