top of page
muinsapidin

Jangan takut bertutur Bahasa Inggeris - Saripah ‎

Pelajar sekolah disaran buang sikap takut bertutur dalam Bahasa Inggeris sekiranya mereka berazam mahu menguasai bahasa itu. Isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata ‎pelajar seharusnya punya keberanian serta keyakinan untuk menggunakannya walaupun sedar tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka tidak baik.

Datin Seri Saripah memberi kata-kata semangat kepada pelajar yang menyertai bengkel 'Learning English is Fun'

Menurutnya hanya dengan cara tidak takut dengan Bahasa Inggeris, pelajar akhirnya akan berjaya menguasainya. Kata beliau tahap penggunaan Bahasa Inggeris kalangan pelajar sekolah terutama di luar bandar agak membimbangkan sehingga ada yang langsung tidah boleh berbahasa Inggeris. Katanya lagi statistik menunjukkan tahap pencapaian pelajar sekolah di Perak yang menguasai Bahasa Inggeris hanya pada 76.6 peratus.‎ "76.6 peratus adalah satu pencapaian yang sederhana disebabkan masih ramai pelajar tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Salah satu faktor kerana mereka takut bercakap... takut dikritik sebab salah cakap. Yang suka kritik bukan orang Inggeris itu sendiri tetapi orang Melayu," katanya. Saripah berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup bengkel 'learning English is Fun' anjuran Yayasan Bina Upaya (YBU) dengan kerjasama pelajar antarabangsa UTP di SM Rendang Panjang, pagi tadi. Seramai 270 pelajar terpilih mengikuti program yang dikendalikan 30 sukarelawan YBU dan pelajar antarabangsa UTP. Beliau berkata pelajar perlu sedar mereka tiada pilihan untuk tidak menguasai bahasa Inggeris. Katanya selain menjadi bahasa global bahasa Inggeris merupakan bahasa utama bagi bahan-bahan rujukan di perpustakaan apabila mereka melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.‎ "‎Bahasa Malaysia tetap bahasa kebangsaan yang perlu kita pertahankan tetapi kita tidak boleh menafikan pentingnya bahasa Inggeris," katann


14 views0 comments
bottom of page