top of page
muinsapidin

Bekas pemain kebangsaan meriahkan Permukiman Larut

SELAMA: Seramai 20 bekas pemain dan bintang bola sepak kebangsaan turun padang memeriahkan Program Pemukiman Menteri Besar di Parlimen Larut.

Kesemua mereka turun bagi menyertai acara perlawanan persahabatan bolasepak dengan pasukan kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Perlawanan persahabatan itu adalah simbolik kepada upacara perasmian ‎padang sintetik pertama di negeri ini di Kubu Gajah.

Penampilan istimewa bekas pemain kebangsaan beraksi menentang pasukan kerajaan negeri itu amat mengujakan penduduk tempatan.

Suasana padang dipenuhi dengan sorakan penyokong apabila menyaksikan kehebatan pemimpin nombor satu Perak beraksi hebat menentang pemain kebangsaan yang satu ketika dulu menempa nama.

‎Perlawanan persahabatan itu menyaksikan Pasukan Menteri Besar mengalahkan Pasukan Veteran dengan jaringan gol 6 - 2.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sendiri menyumbangkan dua gol.

Antara barisan pemain Pasukan Veteran adalah lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun atau Towkay@Tauke, pemain beraksi semasa era Mokhtar Dahari dan R. Arumugam.

Turut beraksi Khalid Ali, Zolkifli Ahmad, Kamarul Zaman Yusoff, Karim Pin, Malek Rahman, Asmawi Bakri, Raymond Ragunathan, Azlan Johar, Kalimuthu dan Soh Chor Len.

Kesemua barisan bekas pemain tersebut turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada balu bekas pemain bola sepak kebangsaan pertama midfielder, mendiang Wong Kim Seng.

Sumbangan bernilai RM20,000 yang disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Malek Mohammad Noor.

Pengurus Besar YAKEB, Zuhairi Abdul Manaf yang mengetuai rombongan berkata penampilan pemain tersebut bertujuan memeriahkan permukiman Menteri Besar di Parlimen Larutm

Jelasya, YAKEB ingin mencuri peluang tersebut agar orang ramai dapat beramah mesra bersama dengan kesemua "star player" yang begitu terkenal satu ketika dahulu.

Beliau turut memuji program permukiman itu yang menurutnya tiada di negeri lain. " Pada pandangan saya, pemukiman melibatkan MB, pemimpin dan pegawai kerajaan amat jarang kami jumpa di negeri lain.

Kami dah jelajah setiap pelusuk negara dan rasakan apa yang dilaksanakan di Perak ini memang unik lebih-lebih lagi menjadikan sukan antara aktiviti pemimpin untuk dekat dengan masyarakat. "Selain beriadah, masyarakat setempat dapat menyaksikan bakat terpendam pemimpin mereka, berseronok dan dapat berinteraksi dengan pemimpin dalam keadaan santai,"katanya lagi.


25 views0 comments
bottom of page