top of page
muinsapidin

21 Buah Makmal Komputer di Selama Dinaiktaraf

SELAMA: Sebanyak 21 buah makmal komputer di sekolah rendah sekitar Selama akan "dihapuskan" dan nama serta susun atur mereka akan dinaiktaraf menjadi Pusat Inovasi Sekolah dalam masa terdekat.

ADUN Selama, Datuk Mohd Daud Mohammad Yusoff berkata, ia sebagai menyahut saranan KPerak untuk mengubah persekitaran konvensional makmal sekolah kepada sebuah pusat pembelajaran kreatif yang memberi fokus kepada teknologi dan inovasi semasa.

Menurut beliau, nama makmal komputer yang bercirikan pembelajaran berasaskan komputer sudah tidak lagi seiring dengan perkembangan pelan pendidikan yang mengalakkan pendekatan produk inovasi dari setiap pelajar.

"Sesuai dengan saranan kerajaan iaitu sains teknologi, english dan matematik dalam pembelajaran harian, konsep pusat inovasi ini sebenarnya merupakan satu kaedah untuk meningkatkan pencapaian pelajar melalui dua aspirasi utama pendidikan iaitu pemikiran kritis dan kreativiti.

"Saya juga melihat kepada beberapa siri kejayaan yang dicapai oleh KPerak dalam melahirkan beberapa sekolah yang terlibat dengan teknologi, sehingga memenangi beberapa pertandingan berunsurkan teknologi di peringkat kebangsaan," katanya kepada Suara Perak pada Jumaat.

Mohd Daud berkata, pihaknya juga akan mengadakan kerjasama erat bersama dengan pihak Majlis Guru Besar (MGB) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mereka menjadi salah satu penggerak dalam usaha memastikan semua sekolah di Parlimen Larut mempunyai aspirasi teknologi dalam pembelajaran harian.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Mohd Nazaruddin Mohd Yussoff berkata, pihakya sentiasa berusaha untuk menyuntik suasana pembelajaran yang berteraskan teknologi di dalam sekolah di negeri Perak.

" Kesemua sekolah di Selama akhirnya bersetuju untuk menyahut cabaran kami dan mengubah nama makmal komputer ke Pusat Inovasi Sekolah, iaitu sebuah pusat yang akan diubahsuai susun aturnya dan mewujudkan sebuah Sudut Robotik.

"Selain itu, kami juga akan menggunapakai mana-mana komputer yang masih boleh digunakan, dan memperbaiki sistem lama kepada sistem baru yang akan dimulakan di SK Selama untuk dijadikan model kepada sekolah lain di daerah kecil Selama ini," katanya lagi.


31 views0 comments
bottom of page