top of page

Dr Zambry Ceriakan Peniaga Pasar Awam Selama

muinsapidin

SELAMA: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meneruskan program permukiman pada hari ketiga dengan mengadakan lawatan ke Pasar Awam Selama pagi Khamis.

Dr Zambry yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Penggguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan kemudian melancarkan papan tanda Kepenggunaan Pengguna Bijak dan Papan tanda Anti Dadah di tapak pasar awam.

Beliau seterusnya mengadakan lawatan bertemu peniaga-peniaga di pasar awam.

Dr Zambry bersama-sama rombongannya telah meluangkan masa bersarapan pagi bersama masyarakat setempat dan bermesra dengan peniaga.


8 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page