SELAMA: Selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kebersihan tandas sentiasa terjaga, Program Permukiman Parlimen Larut meneruskan aktiviti 'wajib' yang telah diadakan di dua pemukiman lalu di Hulu Perak dan Kerian.
Pada Permukiman Parlimen Larut, aktiviti 'wajib' itu - tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hamam telah diadakan di Masjid At - Taqwa, Kg Sg Siputeh di Rantau Panjang dekat sini.
Peneraju aktiviti SCR Hamam - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menghantar pasukan mereka untuk bersama-sama anggota bomba dan masyarakat setempat membersihkan tandas masjid di samping aktiviti lain.
Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah membersihkan longkang, membersihkan dewan solat, mencuci kolam dan membetulkan beberapa peralatan yang rosak.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.