top of page
muinsapidin

Sultan Perak, PM Beri Pengiktirafan Program Permukiman

SELAMA: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi pengiktirafan terhadap usaha kerajaan negeri Perak melaksanakan Program Permukiman dengan begitu baik .

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, beliau telah menerima pengiktirafan itu secara peribadi daripada Sultan Nazrin dan Perdana Menteri.

``Sultan Perak dan Perdana Menteri memberi pengiktirafan atas pendekatan yang kita buat bagi mendapatkan maklum balas rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka menerusi pendekatan turun padang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Daerah sempena Program Permukiman Menteri Besar di Parlimen Larut pada Rabu.

Menurut Dr Zambry, pada hari pertama program permukiman itu, banyak permasalahan rakyat dapat diselesaikan dengan baik, hasil tindakan wakil-wakil rakyat, ahli majlis, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan yang terbabit.

Beliau berkata, antara masalah yang dibangkitkan termasuklah isu penggunaan tanah yang didiami penduduk sejak sekian lama dan pengurusan tanah di kawasan Kubu Gajah.

Selain itu, katanya, beberapa projek kerajaan Persekutuan, seperti Institut Kemahiran Tinggi Mara di Selama yang telahpun diluluskan Perdana Menteri akan dimulakan awal tahun depan.


2 views0 comments
bottom of page