top of page
muinsapidin

Negara Perlukan Rakyat Yang Berilmu Pengetahuan

SELAMA: Negara memerlukan rakyat yang berpengetahuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tiada gunanya jika negara membangun dalam pelbagai bidang tetapi rakyatnya miskin ilmu pengetahuan.

``Kita tidak hendak hanya maju dalam bidang ekonom, punyai bangunnan tinggi-tinggi kepesatan dalam bidang kebendaan tetapi dalam segi ilmu pengetahuan, kita gagal,’’ katanya semasa berucap merasmikan Seminar Jom Baca Peringkat Daerah Serlama 2016 sempena Permukiman Menteri Besar Peringkat Parlimen Larut di Dataran Selama pada Rabu.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, barisan Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Menurut Dr Zambry, dari segi sejarahnya, Perak merupakan negeri yang sentiasa melahirkan ramai tokoh yang berilmu sejak dari dahulu sehingga kini.

Maka sebab itulah, kata beliau, kerajaan mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan untuk menjadikan rakyat negeri Perak memilik ilmu pengetahuan.

Beliau turut menceritakan pengalamannya semasa pembentangan kertas kerja bertajuk sumber manusia (Human Capital) ketika diundang oleh Perdana Menteri Sri Lanka di Colombo baru-baru inimengenai pengalaman Malaysia yang dulunya sebuah negara pertanian, kini menjadi negara maju dalam bidang perindustrian.

Menurutnya, Perdana Menteri Sri Lanka terkejut apabila Malaysia hanya memerlukan satu generasi untuk mengubah keadaan sesebuah keluarga.

``Kalau saya sebagai penoreh getah, anak saya tidak semestinya akan jadi penoreh getah, selepas itu anak saya menjadi menteri, Menteri Besar mungkin jadi Perdana Menteri, profesor ternama atau doktor perubahan yang hebat,’’ kata Dr Zambry.


58 views0 comments
bottom of page