top of page
muinsapidin

Khalwat: Pasangan Mengaku Adik Angkat

MELAKA - Pasangan yang mengaku adik dan kakak angkat antara yang ditahan Bahagian Peguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel bajet, awal pagi tadi selepas dipercayai datang ke Melaka untuk bercuti di hujung minggu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata, kedua-dua pasangan tersebut yang berasal dari Selangor mengakui datang ke Melaka untuk bercuti.

"Wanita berkenaan yang berusia 38 tahun mengakui masih bujang dan manakala pasangannya 14 tahun lebih muda darinya juga mengaku bujang," katanya. Menurutnya, pasangan terbabit antara 17 yang ditahan membabitkan individu berusia 18 hingga 38 tahun dalam serbuan di lima hotel di sekitar bandar ini sekitar jam 12 tengah malam hingga 3 pagi itu.

"Kebanyakan pasangan yang dicekup juga datang menaiki motosikal dari Johor, Selangor dan Kuala Lumpur itu berusia 18 hingga 38 tahun.

"Kesemua individu tersebut juga kebanyakannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta sekitar Melaka," katanya.

Beliau berkata, semua mereka dibawa balik ke lokap JAIM untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

"Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.


11 views0 comments
bottom of page