top of page
muinsapidin

Dua Didenda Gara-Gara Simpan Murai Batu Tanpa Lesen

IPOH: Gara-gara menyimpan burung murai batu tanpa lesen yang sah, seorang pelayan tetamu wanita dan seorang peniaga masing-masing dikenakan denda RM2,000 atau dipenjara 10 hari oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin.

Lee Cheah Yin, 27, dan Liew Sun Cheong, 49 , mengaku salah menyimpan burung murai batu itu disebuah premis di nombor 118, Lorong Bercham, ipoh pada 5 September 2014.

Burung Murai Batu

Mereka melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 46 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang membawa hukuman denda sebanyak RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mahkamah, Ikmal Hishan Mohd Tajudin bagaimanapun menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 25 November ini terhadap lima lagi tertuduh bagi tuduhan yang sama.

Leong liang Thye, Lee Kim Hoong, Pang Ah Chin, Lew Sek San dan Loo Yew Fai masing-masing dituduh menyimpan murai batu tanpa lesen yang sah di premis bernombor 118, Lorong Bercham, Ipoh pada 5 September 2014. Mereka yang berumur antara 49 hingga 66 tahun tidak mengaku salah atas tuduhan tersebut.

Murai Batu merupakan spesis burung sangat elegan dan memiliki suara sangat merdu menjadikan ia spesis sangat digemari kalangan pengumpul burung. Harganya boleh mencecah antara RM200 sehingga RM500 seekor.

Populasinya yang semakin terancam menjadikan burung Murai Batu diletakkan di bawah spesis fauna terancam dan dilindungi.


65 views0 comments
bottom of page