PARIS - PERANCIS. Sekumpulan hak asasi akan memfailkan bantahan di sebuah mahkamah Perancis berikutan pengharaman pemakaian pakaian renang yang menutup aurat, burkini di bandar pelancongan tepi pantai, Cannes.
Burkini
Memetik laporan di portal Mynewshub, seramai 10 wanita meminta kumpulan itu menyaman pihak berkuasa bandar Cannes.
Pengarah eksekutif Kolektif Terhadap Islamofobia di Perancis, Marwan Muhammad berkata, pihaknya kini sedang menyusun langkah untuk mengambil tindakan interlokutori terhadap bandar itu,” katanya seperti yang petik menerusi laman Facebook kumpulan itu semalam.
Terdahulu, Datuk Bandar Cannes, David Lisnard yang bimbang dengan keselamatan orang ramai mengeluarkan ketetapan melarang pakaian pantai yang tidak menghormati “akhlak yang baik dan sekularisme”, lapor agensi berita AP.
Pakaian renang adalah gambaran yang mengaitkan agama dengan adab manusia yang suka mendedahkan, manakala Perancis dan tapak agamanya yang kini menjadi sasaran serangan pengganas, boleh menimbulkan risiko masalah kepada ketenteraman awam.
Lisnard juga dalam masa yang sama turut menggelar burkini sebagai seragam pelampau Islamisme.
Larangan pemakaian burkini berkuat kuasa sehingga 31 Ogos, kata pegawai. Mereka yang melanggar peraturan baharu itu akan berdepan risiko denda berjumlah AS$42 (RM168).