top of page
muinsapidin

Wanita Maut Dalam Kemalangan Di Lahat


IPOH: Seorang wanita maut maut setelah tersepit dalam sebuah kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat Lahat, Lebuhraya Ipoh - Lumut pada petang Jumaat.

Dalam kejadian sekitar enam petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an maut setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Waja dan sebuah lori lima tan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan Ramli Lot berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 5.49 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

“ Setibanya di tempat kejadian kami mendapati seorang pemandu wanita tersepit akibat impak kemalangan tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya kepada Suara Perak.

Ramli berkata, pihaknya telah menggunakan peralatan rescue tool untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya sekitar 7.23 malam,” ujarnya.


34 views0 comments
bottom of page