TANJUNG BELANJA: Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mesti berjiwa sekiranya mahu berjaya dalam perniagaan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, mereka juga mengikuti disiplin dan ilmu perniagaan untuk meningkatkan diri.
Menurut beliau, mereka tidak seharusnya merasa rendah diri walaupun bermula dengan hanya berniaga secara kecil-kecilan.
"Peniaga adalah golongan yang hebat kerana mereka meneruskan kesinambungan sunnah nabi," katanya ketika berucap di majlis jamuan ramah mesra sahabat AIM di Dewan Orang Ramai Talang Tasik dekat sini pada Sabtu.
Drs Nizar berkata, sejarah telah membuktikan bahawa AIM adalah antara program kewangan yang terbaik, bukan sahaja dari segi pengurusan, malah juga pembayaran balik.
Sehubungan itu, beliau berharap sahabat AIM dapat meneruskan rekod baik itu dan dalam masa yang sama meningkatkan perniagaan mereka.
"Janganlah kalau dulu berniaga di bawah pokok, selepas tujuh tahun masih berniaga di tempat yang sama, tanpa penambahbaikan," ujarnya.