top of page
muinsapidin

Kesetiaan Ahli  Kunci UMNO, BN Kekal Relevan

KUALA KANGSAR: Kunci segala kejayaan yang meletakkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus kekal relevan dan dihormati sehingga ke hari ini adalah kerana kesetiaan yang tidak berbelah bahagi ahli-ahli kepada parti.

Datuk Nor Sabrina Mohd Noor

Menurut Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor, kesetiaan ahli-ahli kepada pucuk pimpinan parti bukan sahaja mampu menghalang sebarang percubaan pembangkang untuk menggugat UMNO dan BN, malah memastikan agenda membela rakyat dan membangunkan negara dapat diteruskan.

Beliau menyatakan kehairanannya kenapa mereka yang meninggalkan parti mahu bersekongkol dengan parti lawan untuk menggugat UMNO dan menjatuhkan pemimpin parti.

``Kenapa orang diluar sana yang meninggalkan UMNO tidak faham tentang agenda perjuangan UMNO yang selama ini dihormati kerana memperjuangkan nasib bangsa Melayu, agama dan negara,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan serentak mesyuarat perwakilan tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas 2016 di Dewan Perdana Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Zainun Mat Noor dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Nor Sabrina berkata, tiada parti yang dikagumi dan dihormati selama ini selain UMNO dan BN, yang mempunyai kesatuan ahlinya yang mantap dan sentiasa meneruskan agenda membela nasib masa depan rakyat.


12 views0 comments
bottom of page