top of page
muinsapidin

Pemuda Didakwa Sokong Daesh

TAPAH: Seorang pemuda berusia 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tapah kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh di antara Mac hingga Jun lalu.

Tertuduh Zairosfitri Jainuddin Azhar yang bekerja sendiri didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas tersebut di alamat Blok A Perumahan Awam 2, Chenderiang di antara 25 Mac hingga 30 Jun tahun ini.

Zairosfitri didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Tertuduh mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaaan yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Fatin Farahiyah telah meminta kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tidak menawarkan sebarang jaminan atas faktor keselamatan awam.

Ahmad Asyraf menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengarahkan tertuduh disambung reman di Penjara Taiping.


22 views0 comments
bottom of page