top of page
muinsapidin

Bekas Pengawal Keselamatan Didakwa Galak Aktiviti Daesh

IPOH: Seorang bekas pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini (Khamis) atas dua tuduhan menyokong dan menggalakkan aktiviti kumpulan pengganas Daesh.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Zilah Tajuddin, 43, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaima Mohd Noor.

Zilah menghadapi tuduhan pertama memberi sokongan dengan cara menggalakkan perbuatan pengganas Daesh dan memuat aktiviti kumpulan itu melalui aplikasi telegram (Kumpulan Tauhid State).

Dia menghadapi tuduhan itu mengikut Seksyen 130J(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan pengganas Daesh melalui aplikasi telegram (Kumpulan Taihid State).

Dia didakwa mengikut Seksyen 130G Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Zilah dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di alamat nombor 79602, Jalan Cenderawasih, Kampung Dato’ Ahmad Said, Tambahan 2 di sini pada 4 Julai hingga 18 Julai 2016.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Fadhli sebelum itu berkata, tertuduh tidak dibenarkan diikat sebarang jaminan kerana kes itu tertakluk dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mahkamah menetapkan 20 September depan bagi sebutan semula kes itu untuk mendapatkan izin kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


16 views0 comments
bottom of page