top of page
muinsapidin

Air Kolam Bertukar Warna Hijau Jadi Tumpuan

RIO DE JANEIRO-BRAZIL. Warna air di kolam venue terjun Olimpik bertukar menjadi hijau keruh sehinggakan mencetuskan pelbagai andaian kepada orang ramai.

Ia berbeza dengan warna air di kolam itu pada hari sebelumnya dan begitu juga jika dibandingkan dengan warna biru jernih di kolam kedua yang digunakan untuk kejohanan polo air di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Warna air kolam terjun yang menjadi hijau keruh berbanding biru jernih. - Foto AP

Penerjun Britain, Tom Daley yang memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform papan anjal lelaki, memuat naik di laman Twitter gambar kedua-dua kolam sebagai perbandingan dan menulis: "Ermmmmm, ...apa terjadi?!" .

Kualiti air menjadi isu utama yang berlaku di Olimpik Rio de Janeiro, tetapi tidak begitu dipedulikan jika berlaku di laut dan lagun tetapi bukannya di kolam renang.

Satu kenyataan daripada penganjur berkata, ujian air sudah dilakukan dan ia tidak akan mendatangkan sebarang risiko kepada atlet.

Mereka bagaimanapun, gagal menjelaskan mengenai perubahan warna air kolam tetapi berkata ia sedang disiasat.

"Kami tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi," kata jurucakap penganjur Mario Andrada. - AP


27 views0 comments
bottom of page