top of page
  • muinsapidin

Thangeswary Dipilih Speaker DUN Perak Yang Baharu

IPOH: Bekas Ketua Wanita MIC Perak, S. Thangeswary telah dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu menggantikan Datuk S.K Devamany yang melepaskan jawatan itu baru-baru ini.

Pelantikan Thangeswary dibuat menerusi proses perkiraan undi apabila beliau mendapat 30 undi manakala calon Pakatan Harapan V. Sivakumar memperolehi 24 undi sementara empat undi berkecuali. Timbalan Speaker Dewan, Datuk Nasaruddin Hashim kemudian mengisytiharkan Thangeswary sebagai Speaker Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan Sebaik diisytihar Speaker Dewan Thangeswary kemudian mengangkat Sumpah sebagai Speaker Dewan sebelum memulakan sesi persidangan. Kerusi Speaker DUN Perak sebelum ini kosong berikutan Timbalan Presiden MIC, Datuk S.K. Devamany melepaskan jawatan Speaker DUN yang disandang sejak 2013 susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet pada 27 Jun lepas.


22 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page