top of page
  • muinsapidin

PPN Majukan 848 Hektar Tanah Di Pulau Tiga

IPOH: Kerajaan negeri telah melantik Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak untuk memajukan kira-kira 848 hektar (2,096 ekar) tanah di kawasan Barat Pasir Kubu 3, Mukim Pulau Tiga, Kampung Gajah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamed berkata, tanah tersebut dibahagikan kepada lot-lot berasingan iaitu 0.8 hektar (2 ekar) setiap lot dan dianugerahkan kepada peserta yang dipilih oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Negeri.

“Setiap peserta dikehendaki membayar harga premium tanah serta kos-kos bagi memajukan tanah tersebut, kemudahan asas dan juga kos-kos yang berkaitan kepada PPN,’’ katanya semasa menjawab soalan lisan Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN-Lubuk Merbau) dalam Sidang Dewan Negeri di sini pada Selasa.

Menurut beliau, ketika ini terdapat seramai 924 peserta dari kalangan ahli peladang di seluruh Perak dan setiap peserta menandatangani perjanjian menyediakan kemudahan asas dan pengurusan dengan PPN Perak bagi tempoh 25 tahun.

Katanya, dalam tempoh itu, PPN Perak akan mengusahakan lot-lot tanah tersebut dengan tanaman kelapa sawit secara berkelompok dan mengagihkan keuntungan kepada peserta mengikut perjanjian.

Saarani memberitahu, Ladang Rakyat telah mengeluarkan hasil kelapa sawit mulai 2005 dan purata penghasilan buah kelapa sawit bagi setiap tahun adalah 15,000 hingga 20,000 metrik tan.

Katanya, bagi meningkatkan ekonomi golongan peladangnita, beberapa program telah dianjurkan bagi melahirkan mereka yang berkemahiran di dalam segala aspek kepimpinan, pembungkusan dan pemasaran.

Beliau berkata, seramai 713 orang ahli peladangnita telah diberikan pendedahan dan bantuan menerusi program-program tersebut.


31 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page