top of page
muinsapidin

Ops Warta - Pengidap HIV Antara Ditahan

IPOH: Seorang pengidap HIV antara 16 pesalah trafik ditahan kerana memilik waran tangkap dalam Ops Warta yang diadakan di Jalan Silibin Ipoh pada Selasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Deputi Superintenden Mohd Mahiri Hussin berkata, 10 daripada 16 pesalah trafik itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh kerana gagal menyelesaikan waran tangkap tersebut serta merta.

“Dalam operasi hari ini seramai 16 individu yang memiliki waran tangkap ditahan dan daripada jumlah itu, 10 orang didakwa di mahkamah manakala selebihnya menyelesaikan waran tangkap masing-masing.

“Menerusi operasi ini, kita telah berjaya menyelesaikan sebanyak 36 waran tangkap,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa.

Menurut beliau, daripada 10 yang dihadapkan ke mahkamah itu, pengidap HIV berusia 46 tahun yang mempunyai lapan waran dengan 15 kesalahan itu telah didenda RM3,00 atau 51 hari penjara selepas mengaku bersalah.

Kata beliau, dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 12.30 hari itu, sebanyak 65 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan selain 36 waran tangkap diselesaikan.

Beliau memberitahu, seramai lima pegawai dan 22 anggota telah terlibat dalam operasi tersebut.


30 views0 comments
bottom of page