top of page
  • muinsapidin

Kerajaan Putuskan Pulau Sembilan Diletakkan Di Bawah Bagan Datoh

IPOH: Kerajaan negeri telah membuat keputusan Pulau Sembilan diletakkan di bawah Taman Negeri bagi memastikan kawasan berkenaan dipelihara dengan sebaik-baiknya dan menjadi tempat tarikan pelancong.‎

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, keraj aan negeri tidak mahu berlaku kerosakan eko-sistem di kawasan Pulau Sembilan seperti mana yang telah dilaporkan tahun lalu dimana kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk merobohkan bangunan-bangunan yang dibuat secara berleluasa di kawasan Pulau Sembilan. Beliau menjangkakan Pulau Sembilan akan menjadi kawasan tarikan pelancong antarabangsa dan memerlukan pendekatan pemuliharan kawasan. "Beberapa perancangan telahpun dibuat melalui Jabatan Pelancongan sama ada diperingkat kebangsaan mahupun diperingkat negeri untuk menjadikan Pulau Sembilan sebagai kawasan tarikan pelancong,’’ katanya. Dr Zambry menjawab soalan tambahan Datuk Azhar Azhar Jamaluddin (BN-Changkat Jong ) pada Sidang Dewan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa. Menurut beliau isu Pulau Sembilan ini telah diperbahaskan beberapa kali dalam mesyuarat Exco untuk melihat aspek aspek sejarahnya dan akhirnya kerajaan negeri telah membuat keputusan pulau itu masukkan ke dalam Bagan Datoh.

Katanya, keputusan itu diambil memandangkan dari jarak untuk ke Pulau Sembilan lebih dekat dari Bagan Datoh berbanding dari Pulau Pangkor atau dari Lumut.


102 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page