top of page
  • muinsapidin

Daerah Bagan Datoh Merangkumi Empat Mukim

IPOH: Daerah baharu Bagan Datoh yang merupakan daerah penuh ke 12 di Perak merangkumi empat mukim iaitu Bagan Datoh, Rungkup, Hutan Melintang dan Teluk Baharu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, daerah baharu itu meliputi kawasan seluas 94,969,892 hektar.

Menurut beliau, penubuhan daerah Bagan Datoh juga membuktikan kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk mencapai taraf pembangunan seimbang bagi semua daerah dan wilayah di negeri ini.

Di samping itu, kata beliau, ia bersesuaian dengan hasrat untuk mencapai taraf negeri maju dan juga Gagasan Amanjaya.

“Bagi mancapai hasrat itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menaiktaraf Bagan Datoh kepada status daerah penuh dan melalui Warta Kerajaan Negeri Perak Bil 1570 bertarikh 15 Jun 2016,” katanya.

Dr Zambry berkata demikian semasa menjawab soalan lisan S. Kesavan (PKR - Hutan Melintang) yang bertanyakan mengenai skop kawasan yang terlibat dan jumlah penduduk pentadbiran Daerah Bagan Datoh.

Menurut beliau, berdasarkan sumber daripada Jabatan Perangkaan Tahun 2014 dan draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2020, jumlah penduduk di Daerah Bagan Datoh adalah seramai 70,300 orang.

Katanya, adala diharapkan menjelang Tahun 2020, Daerah Bagan Datoh akan mengalami pembangunan yang pesat dengan kewujudan Perak Heavy Industrial Park, Hab Logistik dan Rungkup Waterfront City.

“Pertumbuhan tersebut akan menjadi realiti apabila Lebuhraya Pantai Barat siap pada tahun 2019 kelak,’’ katanya.


208 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page