top of page

Anggota TUDM Maut Dalam Kemalangan Di Tapah

  • muinsapidin
  • Aug 8, 2016
  • 1 min read

TAPAH: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut apabila motosikalnya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 321.3 berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah pada petang Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa, Muhamad Diniefaid Muhamad Pozi, 27 yang bertugas di Markas Tentera Udara, Kuala Lumpur maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten Komisioner, Som Sak a/l Din Keliaw berkata, kejadian tersebut berlaku melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori dan motosikal milik mangsa.

"Mangsa yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Ipoh tidak menyedari sebuah lori yang mengalami kerosakan berhenti di lorong kecemasan.

"Mangsa kemudian terlanggar bahagian belakang lori berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, hasil bedah siasat ke atas mangsa di Hospital Tapah mendapati sebab kematian adalah kecederaan parah di bahagian kepala.

Som Sak berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Comments


bottom of page