top of page
muinsapidin

Rampas Tanah Jika Tanam Ketum

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan polis dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dalam menguatkuasakan larangan penanaman pokok ketum di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini termasuk merampas tanah penduduk yang dikesan menanam pokok itu kerana menyalahgunakan syarat tanah yang diberikan.

“Kita akan berikan kerjasama dalam penguatkuasaan, termasuk mengesan ladang ketum haram dan akan rampas tanah jika didapati langgar syarat. Contohnya, kita suruh tanam getah sebaliknya dia tanam ketum, atas kuasa yang ada ke atas tanah negeri, kita boleh rampas,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Alor Setar, semalam.

Menurutnya, penguatkuasaan membanteras tanaman Ketum akan lebih tersusun selepas kerajaan bertegas melarang penanaman ketum secara komersil.

“Kita akan berikan kerjasama sepenuhnya kerana sejak awal lagi kita menolak cadangan Risda. Kita akan bantu Pusat kawal penanaman ketum berdasarkan bawah bidang kuasa negeri,” katanya.

Mengulas sama ada tindakan drastik akan diambil seperti memusnahkan ladang haram atau menebang pokok ketum yang dikenal pasti tumbuh liar, Ahmad Bashah berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci..

“ Kemungkinan wujud ladang haram yang ditanam tanpa pengetahuan, saya percaya penguatkuasaan selepas ini akan lebih tersusun,” katanya.


32 views0 comments
bottom of page