top of page
muinsapidin

Dr Zambry Lepaskan Lebih 7,000 Peserta IIR 2016.

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melepaskan lebih 7,000 peserta Ipoh International Run (IIR) 2016 di Dataran Bandaraya Ipoh di sini pada Ahad.

Program bermula seawal jam 5 pagi apabila para peserta dari dalam dan luar negara mula mendaftarkan diri.

Dr Zambry tiba di tempat permulaan kira-kira jam 6.30 pagi dan disambut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria, Ahli Majlis, Ahli MMS dan pegawai kanan MBI.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan Pengerusi Jawatankuas Kebudayaan, Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Konunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Dr Zambry kemudiannya melepas peserta kategori 21 kilometer, diikuti kategori 10 kilometer dan kategori 7 & 5 kilometer.

Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang IIR 2016, antaranya persembahan musikal dan cabutan bertuah.


4 views0 comments
bottom of page