top of page
muinsapidin

Parti Baharu Ibarat Tempah Kubur

BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan parti baharu yang ditubuhkan daripada serpihan UMNO sebagai “menempah kubur sebelum maut”.

Menurut beliau, sejarah politik sebelum ini telah membuktikan bagaimana parti serpihan UMNO terkubur dan tidak mampu mengalahkan parti keramat itu sehingga hari ini.

“UMNO bukan dibina dan ditubuhkan sebagai parti tepi jalan, UMNO bukan tubuh dari parti yang datang daripada tong sampah, UMNO diwujudkan atas pelbagai kesatuan dan organisasi Melayu untuk menyatukan orang Melayu.

“Bukan kita riak dan jauh lagi dari takbur tetapi sejarah politik UUMNO telah memperlihatkan tidak ada sebuah parti serpihan dari UMNO pun yang boleh mengatasi UMNO sebagai parti tunggal Melayu,” katanya demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bagan Datoh pada Sabtu.

Beliau berkata, parti serpihan yang bakal ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga ditubuhkan atas dasar kekecewaan dan bukannnya atas dasar penyatuan rakyat.

Justeru, katanya, parti serpihan itu tidak akan bertahan lama, apatah lagi mengantikan UMNO yang ditubuhkan atas penyatuan orang Melayu.

Beliau juga turut yakin individu-individu yang menubuhkan parti serpihan itu tidak akan mendapat sokongan rakyat seperti yang diterima mereka ketika dalam UMNO.

“Kalau kita mahu berbeda pendapat silakan, kalau kita mahu membenci seseorang itu hak mereka tetapi jangan pernah benci UMNO, jangan pernah menikam belakang UMNO kerana yang membenci UMNO dan menikam belakang UMNO akhirnya mereka akan dibenci dan ditolak oleh rakyat secara keseluruhannya,” ujarnya.


5 views0 comments
bottom of page