top of page
muinsapidin

Kebakaran: Enam Nekad Terjun Bangunan

KUALA LUMPUR - Enam warga Indonesia nekad terjun dari tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai di Jalan SS15/4 Subang Jaya untuk menyelamatkan diri dari kebakaran malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Hazinan Md Yusof berkata, kebakaran berlaku di sebuah premis membuat pengiklanan di tingkat bawah bilik sewa mereka.

Beliau berkata, akibat tindakan mereka yang terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki, kesemua mereka mengalami kecederaan pada kaki dan pinggang dalam kejadian kira-kira 11 malam itu.

"Semua mangsa sedang tidur ketika kejadian," katanya ketika dihubungi.

Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Punca kebakaran masih disiasat, kata Hazinan. - Bernama


14 views0 comments
bottom of page