SINGAPURA - Pihak polis dan agensi-agansi kerajaan Singapura telah meningkatkan tahap keselamatan negara itu, selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) negara republik itu, mengesahkan bahawa enam suspek pengganas Indonesia, ditahan atas satu plot merancang untuk menembak menggunakan roket ke Marina Bay dari Batam, Indonesia. "Sebagai tindak balas kepada ancaman ini pihak polis dan agensi-agensi kerajaan lain telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan di sempadan dan dalam negara," kata seorang jurucakap kementerian itu.
Marina Bay, Singapura
Dalam pada itu, KDN Singapura mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia di atas bantuan yang diberikan untuk menangkap enam pengganas tersebut. "Agensi-agensi keselamatan kami telah menyelaraskan hubungan yang rapat dengan pihak berkuasa Indonesia sejak berjaya menjejak serangan plot ini. Kami berterima kasih atas kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa Indonesia dan tindakan mereka untuk menangkap kumpulan ini," jelas jurucakap itu lagi. Suspek yang berusia 19-46 tahun, ditahan pada pagi Jumaat oleh Special Detachment 88, elit Skuad memerangi keganasan Indonesia. Kumpulan itu dikatakan mempunyai pautan kepada Bahrun Naim, dalang yang didakwa di sebalik serangan di tengah Jakarta awal tahun ini. Naim, seorang militan Indonesia yang berada dalam radar senarai agensi-agensi keselamatan dunia.