top of page
muinsapidin

Bantah Penempatan Banduan Daesh

KAMUNTING – Keputusan kerajaan untuk menempatkan banduan militan Daesh di Pusat Koreksional Kamunting mendapat bantahan wakil rakyat kawasan itu. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, langkah itu bercanggah dengan Pelan Pembangunan Induk Bandar Warisan Taiping untuk tempoh 2000 hingga 2030 yang menekankan aspek pelancongan dan pendidikan.

Menurutnya, berdasarkan rungutan diterima, ramai penduduk di kawasan itu tidak bersetuju dengan keputusan menempatkan banduan militan itu di pusat tahanan di sini. “Saya akan kumpulkan 10,000 tandatangan seluruh warga Taiping untuk diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa persidangan Parlimen Oktober depan. “Mungkin cara ini kementerian dapat mempertimbangkan semula keputusan itu,” katanya. Beliau berkata, sehingga kini, usaha giat dijalankan bagi membangunkan Taiping sebagai bandar warisan dan pelancongan. Baginya, menjadikan Pusat Koreksional Kamunting sebagai tempat untuk tahanan militan adalah sesuatu tidak munasabah. “Apa yang Taiping perlukan ialah universiti, bukan kemasukan pengganas, kita bimbang imej sebagai bandar warisan akan terjejas,” katanya. Laporan sebelum ini menyebut, Jabatan Penjara Malaysia sedang melakukan pengubahsuaian struktur bangunan di Pusat Koreksional Kamunting bagi menempatkan tahanan kumpulan militan Daesh. Malaysia kini menahan seramai 213 orang yang terlibat dalam kegiatan Daesh termasuk 27 warga asing pada 16 Julai lalu, mereka kini sedang ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor dan Penjara Machang, Kelantan.


13 views0 comments
bottom of page