top of page
muinsapidin

Bekas Eksekutif Perundangan Didakwa 15 Tuduhan Menipu

IPOH: Seorang bekas eksekutif perundangan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Perak didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas 15 tuduhan menipu.

Tertuduh, GMN Go Koo Laram, 65, didakwa menipu 15 individu pada Mei 2012 hingga April 2014 dengan meminta bayaran sebanyak RM300 sebagai bayaran guaman sedangkan tiada bayaran dikenakan untuk khidmat YBGK.

Dia didakwa dengan 14 pertuduhan utama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan 14 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun sama, selain satu tuduhan utama mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Go Koo Laram bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim S Indra Nehru.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin pula meminta mahkamah mengenakan jaminan RM3,000 terhadap setiap pertuduhan.

Terdahulu peguam tertuduh, Kathan Maruthamuthu meminta mahkamah memberi wang jaminan yang minima sebanyak RM1,000 atas alasan tertuduh tiada pekerjaan dan mempunyai beberapa penyakit kronik termasuk kencing tidak lawas dan masalah mental.

Katanya, selain itu tertuduh hanya mendapat bantuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi meringankan kehidupannya.

Indra Nehru kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,800 bagi setiap tuduhan yang berjumlah RM27,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


26 views0 comments
bottom of page