top of page
muinsapidin

APMM Tahan Tiga Bot Tunda Asing

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut berjaya menahan tiga buah bot tunda kelas B bersama enam awak-awak serta tekong warganegara Myanmar.

Pengarah Maritim Daerah, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, semua bot dan awak-awak serta tekong ditahan pada kira-kira pukul 9.15 malam Selasa oleh kapal Maritim Tugau.

Gambar Hiasan

”Setelah diperiksa didapati bot tersebut telah melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang dari 5 batu nautika dan kesemua awak-awak warga asing tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta tiada surat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Menurut Zulinda, kes tersebut akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) kerana menangkap ikan di zon larangan kawasan menangkap ikan bagi bot jenis ’B’ tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen, Seksyen 6 (1) (c) iaitu kesalahan tiada dokumen yang sah.

Ujarnya, pihak APMM akan bertindak tegas terhadap mana-mana bot nelayan yang yang menyalahi syarat lesen perikanan.

Beliau berharap supaya orang ramai untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak APMM bagi menyalurkan maklumat mengenai jenayah dan sebarang insiden di laut.


11 views0 comments
bottom of page