top of page
muinsapidin

Dua Direman Kes Bunuh Pengawal Keselamatan

IPOH: Dua suspek kes pembunuhan seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan Jalan Temenggong, Pasir Putih pada awal pagi Rabu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Hafiza Jaafar terhadap dua lelaki berkenaan bermula hari ini (Khamis) sehingga Rabu depan.

Difahamkan kedua-dua suspek telah ditahan oleh anggota polis di sebuah hotel dekat Falim, Ipoh pada jam 7.10 petang Rabu.

Dalam kejadian sekitar 7.38 pagi Rabu, mayat seorang pengawal keselamatan, yang dikenali sebagai Raymond, 35, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat letak kereta rumah yang didiami tiga wanita warga emas.

Mangsa, yang berasal dari Buntong ditemui dengan kesan tetakan di bahagian kepala dan dipercayai terlibat dalam pergaduhan beberapa jam sebelum kejadian berlaku. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku rentetan insiden pergaduhan antara mangsa dan enam lagi suspek di sebuah restoran berhampiran kawasan perumahan pada malam sebelumnya.


7 views0 comments
bottom of page