SUNGAI SIPUT: Lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai kaum memeriahkan majlis Jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong di Dewan Orang Ramai Kampung Bahagia di sini pada Rabu.
Majlis dianjurkan UMNO Bahagian Sungai Siput dan Pusat Khidmat DUN Lintang.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap ADUN Lintang, Datuk Zolkafly Harun.
Pelbagai juadah disediakan seperti lemang, rendang, nasi himpit dan cendol.
Zolkafly berkata, majlis itu adalah kali kedua dianjurkan pihaknya selepas majlis untuk DUN Lintang di Kota Lama Kanan baru-baru ini.
“Insya Allah, majlis seumpama ini akan diteruskan di masa-masa akan datang bagi mengeratkan silaturrahim di antara penduduk setempat,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.
Di majlis itu, Zolkafly dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dan warga emas.