top of page
muinsapidin

DAP Perak Minta Polis Ambil Tindakan Terhadap Azwan

IPOH: Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menggesa PDRM mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun kerana membuat tuduhan palsu terhadap tiga Tan Sri yang dikaitkan dengan kononnnya ada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut meminta polis supaya tidak bersikap berat sebelah dalam menangani kes berkenaan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Katanya, polis perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Kharul Azwan kerana telah melakukan perbuatan ugutan terhadap penjawat awam sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Menurut Nga, rakyat perlu tahu apa tindakan yang perlu diambil terhadap Khairul Azwan kerana telah membuat laporan palsu yang hanya berdasarkan andaian semata-mata.

"PDRM tidak harus bersikap berat belah dalam soal ini sedangkan apabila pemimpin Pakatan Harapan bersuara waran tangkap dikeluarkan dan rumah mereka diserbu dan sebagainya,’’ katanya dalam satu sidang media di Pejabat DAP, Ipoh pada Rabu.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Khairul Azwan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang didakwa terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Katanya, polis menutup kes tersebut dan tidak akan teruskan siasatan dakwaan itu kerana dapati laporan berkenaan dibuat berasaskan andaian.

Beliau memberitahu polis juga tidak akan memanggll bekas Ketua Persuruhjaya SPRM,bekas Gabenor bank negara dan bekas Peguam Negara itu untuk bagi keterangan.


3 views0 comments
bottom of page