top of page
muinsapidin

BAIDURI, LKPIM Anjur Bersama Majlis Aidilfitri

IPOH: Walaupun Aidilfitri sudah sampai ke penghujungnya, namun bahang kehangatannya masih terasa.

BAIDURI dan Lembaga Kebajikan Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (Perak) LKPIM turut mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Kira-kira 1,000 orang pengunjung hadir memeriahkan majlis tersebut di samping penglibatan ahli-ahli BAIDURI serta LKPIM.

Hadir sama Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Majlis yang bermula seawal jam 9 pagi itu dimulakan dengan program Bicara Ilmu bertajuk "Wanita Pilihan Akhir Zaman" oleh Ustaz Isfadiah Mohd Dasuki disusuli dengan penyampaian sumbangan haji kepada 69 orang penerima.

Mulai jam 12 tengahari para tetamu dihidangkan dengan pelbagai menu wajib Hari Raya seperti lemang, rendang ayam dan beberapa hidangan sampingan iaitu nasi ayam hainan, cendol serta kueh tiow.

Tidak ketinggalan, sumbangan duit raya turut disampaikan kepada anak-anak istimewa selain Saripah beramah mesra bersama para tetamu di sepanjang majlis berlangsung.


31 views0 comments
bottom of page