top of page
muinsapidin

MBI Jadi PBT Pertama Perolehi  Sijil Pematuhan SAGA

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah diiktiraf sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang pertama di Malaysia yang memperolehi Sijil Pematuhan SAGA bagi Sistem Perakaunan dan Kewangan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pengiktirafan yang diperolehi pada 18 Julai lalu itu menggambarkan bahawa penyata kewangan MBI dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemaskini dan berintegriti dengan menggunakan kod perakaunan yang ditetapkan bagi memantapkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan selaras dengan objektif SAGA.

Beliau turut melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana mempunyai pasukan pengurusan kewangan yang mantap.

“Pengurusan kewangan yang mantap ini adalah hasil kerjasama berpasukan Datuk Bandar, Setiausaha Bandaraya, semua Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan anggota Majlis Bandaraya Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Pelaksanaan, Pemantauan dan Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan “Standard Accounting System For Government Agencies” (SAGA) adalah selaras dengan pemakaian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2015.

Jawatankuasa Pematuhan SAGA telah membuat lawatan bagi menilai Sistem Perakaunan dan Kewangan Majlis iaitu Sistem SPBT (Sistem Bersepadu Pihak Berkuasa Tempatan) supaya memenuhi kriteria Pematuhan SAGA yang telah ditetapkan.

Dengan penilaian yang telah dibuat oleh Jawatankuasa tersebut, Sistem SPBT Majlis telah memenuhi kriteria Pematuhan SAGA.


26 views0 comments
bottom of page